Friday, March 28, 2008

Enjit-enjit Semut, Siapa Kuat Pijak Bawah!


Click image to enlarge size

CM: Hairan saya.. dalam banyak benda yang perlu dibuat.. kenapalah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim beriya-iya benar untuk mengatasi masalah setinggan ini. Ini fikir saya:

1. Biasalah dalam negeri yang sudah maju ini, ramai orang sudah ada rumah sendiri. Kadang-kala semasa membawa kereta tu.. nampaklah rumah-rumah setinggan merata-rata tempat. Hendak rasa kasihan susah juga kerana setinggan ini.. masing-masing ada kereta sendiri. Timbullah dalam hati, yang kita mengikut undang-undang ini.. kena bayar ratus-ratus malah mencecah ribuan ringgit untuk hutang / sewa rumah. Diorang setinggan ni.. tak payah bayar apa-apa. Ini kurang adil...

Dengan fikiran yang seperti ini... senanglah sesebuah kerajaan itu meraih sokongan dengan bertindak kasar terhadap golongan setinggan. Maksudnya, di Negara yang maju.. bertindak terhadap golongan setinggan merupakan polisi populis yang mudah meraih sokongan rakyat. Tambahan lagi, sememangnya setinggan ini melanggar undang-undang yang ada. Jadi untuk mengambil tindakan, tidak ada masalah undang-undang...

Masalahnya ini... masalah setinggan adalah masalah sosio politik yang dibentuk oleh pemerintah itu sendiri. Di Selangor itu, dengan kemajuan yang begitu pesat sejak puluhan tahun lagi.. menyebabkan penghijrahan rakyat miskin ke kawasan bandar untuk mencari rezeki. Maka timbullah masalah setinggan ini. Juga, dengan kebanjiran pendatang asing yang datang kemudiannya menerukkan lagi masalah.

Semua pemerintah berjanji untuk berperikemanusiaan apabila berdepan dengan masalah setinggan ini. Itu cerita lama. Yang kita nak dengar daripada pemerintah baru ini, apakah proses perbincangan dan muzakarah yang penuh diplomasi dengan golongan setinggan itu sendiri... sebelum mereka itu dipijak macam semut. Ingat semut yang halus itu, kalau menggigit sakit juga.. dan jika semut itu banyak.. boleh nazak kita.

1 comment:

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tahniah, jika ada kelapangan jenguklah blog saya http://tunfaisal.blogspot.com