Wednesday, March 26, 2008

Jangan rasuah rakyat!


Click image to enlarge size

Memanglah kita suka mendapat air percuma. Namun, apa-apa yang percuma ada kosnya yang tertentu. Samalah juga air paip yang percuma. Mungkin kita perlu fikir perkara-perkara yang berikut:

1. Di Selangor ni.. tidak semua rakyatnya miskin. Malah kebanyakannya kita ni tidaklah miskin dan tidaklah kaya.. Mungkin paling ramaipun yang boleh dikatakan miskin ataupun menganggap diri mereka terkategori dalam golongan yang perlu dibantu ialah 20%. Maka golongan yang tidak perlu pada air percuma dan mampu bayar pada kadar harga sekarang ini boleh mencecah 80%..

Alangkah baiknya jika, bil air 80% manusia yang tidak miskin ini dan tidak menganggap diri mereka perlu menerima sedekah, dikutip oleh Kerajaan Negeri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Kemudian, jika betul-betul hendak membantu golongan miskin bolehlah kita buat perjumpaan ataupun kaedah lain yang lebih sesuai untuk kita menyedekahkan wang kutipan daripada 80% manusia yang tidak miskin ini kepada golongan yang memang miskin ataupun yang meminta bantuan. Jumlahnya saya jangka tidaklah sedikit.. mungkin puluhan juta ringgit setahun?

2. Manusia yang tidak meminta akan sesuatu tetapi mendapatnya dengan percuma perlu berdepan dengan keadaan psikologi untuk menilai sesuatu sedekah yang dia terima. Apatah lagi sedekah itu dalam bentuk yang begitu impesonal seperti membuka paip air sahaja. Saya percaya kemungkinan besar air itu akan berlalu begitu sahaja tanpa diiringi dengan doa kesyukuran. Pembaziran melampau akan berlaku. Dalam keadaan sekarang pun, dengan harga air yang sungguhpun dicanangkan mahal tetapi sebenarnya belum mahal lagi... pembaziran telahpun berlaku sehingga di lembah klang ini.. bekalan air tidak cukup.

Ingat.. sifat membazir itu tergolong dalam budaya hasutan syaitan. Jangan sesekali pemerintah itu merayakan sifat ini dengan menghambur air yang sememangnya perlu dijimat.

3. Rakyat memang muak dengan budaya rasuah. Tidak kiralah rasuah itu dari siapa kepada siapa. Air percuma yang diberi kepada golongan kaya dan miskin seluruh Selangor bukanlah hak Kerajaan Negeri YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Ia merupakan amanah yang perlu diurus dengan penuh tanggungjawab. Jika sedekah yang tidak diminta ini diberi untuk meraih undi dan populariti yang bersifat sementara maka bertambah muaklah rakyat yang mahu berfikir dengan budaya merasuahkan rakyat ini.


8 comments:

rakyat said...

Dangkal.

Bagaimana pula dengan bantuan buku teks percuma untuk semua murid? Bukan semua ibu bapa miskin, ada juga yang kaya. Tapi buku teks percuma diberikan kepada semua. Akibatnya, kedai buku (termasuk bumiputera) yang selama ini bergantung pada jualan buku teks, mengalami kerugian!

Kalau PKR mengamalkan rasuah air, adakah UMNO mengamalkan rasuah buku teks?

Sekurang-kurangnya kerajaan Selangor membayar kepada Syabas kos 20m3 percuma itu. Tetapi kerugian yang ditanggung oleh kedai buku akibat dasar buku teks percuma itu adakah kerajaan pusat bayar? Tidak.

Pembaziran air tidak akan berlaku kerana air bukan percma 100%. Cuma 20m3 saja. Rakyat akan berjimat-cermat menggunakan air setakat 20m3 saja.

Sepatutnya, kita sebagai rakyat bersyukur bila dapat air percuma. Ini tidak, bila UMNO bagi benda percuma, oh UMNO prihatin! Tapi bila parti lain bagi benda percuma, oh itu rasuah!

Apa punya pemikiran daa...

lokat said...

pemimpin umno dan bn sudah semestinya kita ketahui dengan gejala merasuahnya yang berleluasa.. sama seperti kes buku teks percuma tu.. sehinggakan ada penjual buku bumiputra mengalami kerugian..

mungkin kaedah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sepatutnya digantikan dengan kaedah yang lama iaitu hanya pelajar miskin dan memerlukan bantuan sahaja yang diberi bantuan SPBT ini..

persoalan yang timbul ialah bukan dari parti mana yang memberikan rasuah ini ataupun tidak..

yang menjadi persoalan sekarang ini ialah dengan pimpinan baru daripada PKR.. kita juga mengharapkan budaya merasuahkan rakyat ini dapat juga dihapuskan dan dibersihkan.. daripada beri bantuan percuma kepada semua rakyat yang miskin dan yang kaya sama rata.. lebih baik tumpukan kepada usaha membantu rakyat yang sememangnya benar2 miskin atau yang memerlukan bantuan kerajaan.. tidak kira sama ada daripada bantuan kerajaan bn ataupun ba/br..

sekiranya kepimpinan yang ada sekarang pon lebih kurang sama sahaja dgn yang lama.. apa guna kita melantik pemimpin yang baru?..

fikirkan..

Che Mazlan Saad said...

RAKYAT,
T/kasih...saudara telah menempa sejarah...reaksi pertama kepada blog ini.

Budaya merasuahkan rakyat merupakan fenomena seantero dunia. Biasanya akan diiringi dengan gejala pelanggaran hak terhadap golongan yang dianggap lemah dan mengikut pemerintah itu akan mendapat sokongan rakyat yang lain. Tidak lama kemudian timbullah gejala menakut-nakutkan golongan yang tidak sebulu dengan pemerintah...

Janganlah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim terjerumus dengan budaya pemerintah sebegini. Nampaknya unsur pertama sudah ujud dan unsur kedua dalam bentuk tindakan terhadap golongan setinggan dan pendatang asing sedang bermula...baca entri blog ini nanti...

Anonymous said...

air free...kami suka, tak mau la baca apa disebalik free tu (rasuah, menakut2kan)

Che Mazlan Saad said...

anonymous,

Benda yang free siapa tak suka. Macam kita sedang jalan-jalan,tiba-tiba ada hamba Allah dgn senyuman memberi hadiah percuma.Memanglah dlm mau tak mau akhirnya ambil juga..tapi manusia yg pandai sikit macam kita ni tentu tertanya-tanya .. takut-takut ada udang di sebalik batu.

Tambahan lagi rakyat telah memilih pemimpin yang sepatutnya lebih baik dari generasi koruptor dulu. Ini tidak belum apa-apa dah mula main 'asap magik'a.k.a 'air penawar free'.

Anonymous said...

Isu sebenarnya ialah bagaimana seseorang itu ingin mentafsirkan sesuatu. Boleh saja kita kata "A half full glass of water" atau "A half empty glass of water". Pada hemat saya YB MB Selangor tidak merasuah rakyat. Ia cuma ingin meringankan bebanan rakyat. Yang akan membazir ialah rakyat. Sudah dapat percuma, janganlah dibazirkan. Ini memang sifat Melayu. Dibagi susah tak bagi lagi susah. Melayu apa ni? Sepatutnya manfaatkan apa yang dibagi sebaik-baiknya. Merasuah rakyat antara contoh ialah membaiki jalan bila nak pilihanraya. Itu pun ada udang sebalik mee. Nak turap jalan bukan percuma. Tentu ada kosnya. Katakan untuk turap elok kos ialah RM100,000.00. Buat sikit ada lagi baki simpan sendiri. Rakyat nampak jalan dah dibaiki. Hati rakyat senang. Tapi hati YB senang lagi tenang sebab rakyat akan undi kerana jalan dah dibaiki dan poket YB penuh berisi. Tuan Mazlan, jangan kritik hentam kromo saja. Biar berisi.

Che Mazlan Saad said...

Anonymous,

Kita sebenarnya sdg mengacah-acah satu persoalan pokok dlm kepimpinan demokrasi-- apa bezanya antara berbelanja utk memenuhi tuntutan kepimpinan dan berbelanja utk merasuahkan rakyat agar dapat terus berkuasa.
Perbezaan inilah yg perlu kita fikirkan bersama dan akan dsajikan dari masa ke semasa dlm blog kartunpolitik ini.

Anonymous said...

inilah contoh org gila mencari salah... orang dah bagi air lagi nak baya songeh... dulu BN perintah duit yang boleh dibelanjakan untuk bg air kpd rakyat diorg buat ape? masuk tembolok pemimpin? post sampah hehe...