Tuesday, March 25, 2008

Selamat Datang

Selamat datang ke Kartun Politik. Pada hari ini, 25 Mac 2008 bermulalah kartun politik wadah menyampaikan perasaan dan kefahaman tentang pergolakan politik negara (Malaysia) dan dunia.

Berita Terkini:
Dato' Ahmad Said... menerima watikah perlantikan Menteri Besar Terengganu
- KLPost
, Selasa, 25 Mac 2008

PM... tetap mahu Idris jadi MB.
- KLPost, Ahad, 23 Mac 2008


Click image to enlarge size

CM: "Pergolakan siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Terengganu terus membara.. seolah-olahnya perebutan kuasa ini berlaku pada zaman purbakala. Patutkah raja terlibat sama dalam menentukan ketua kerajaan walhal zaman kesultanan mutlak telahpun berubah kepada raja berpelembagaan."

4 comments:

rakyat said...

ini satu lagi kedangkalan.

ya, kesultanan mutlak telah pun berubah kepada raja berperlembagaan. itulah pun yang sultan terengganu lakukan -- bertindak mengikut Perlembagaan!

Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada sultan untuk melantik MB, bukan kepada PM.

dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan ada menyebut:

(2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi yang pada melaksanakannya Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu:

(a) melantik seorang Menteri Besar;

Majlis Mesyuarat Kerajaan

2. (1) Raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu;

(a) Raja hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli Dewan Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu; dan

(b) atas nasihat Menteri Besar, Raja hendaklah melantik tidak lebih daripada sepuluh orang tetapi tidak kurang daripada empat orang ahli lain daripada kalangan ahli Dewan Undangan,

(4) Pada melantik seseorang Menteri Besar Raja boleh, menurut budi bicaranya, mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri ini yang menyekat pilihannya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya perlu dilakukan sedemikian untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.


Perlembagaan membenarkan raja melantik Menteri Besar mengikut BUDI BICARANYA, dan boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri yang menyekat pilihannya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya perlu dilakukan sedemikian!

untuk melantik menteri kabinet, ya baginda kena dengar nasihat PM. untuk melantik exco, ya baginda kena dengar nasihat MB. tapi, untuk melantik MB, terpulang kepada budi bicara baginda. tak perlu dengar nasihat siapa-siapa. itu Perlembagaan yang cakap.

itulah dia raja berperlembagaan!

rakyat said...

Ini pula peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Terengganu:

Kaedah perlantikan Menteri Besar Terengganu hendaklah mengikut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 1911, Dengan Pindaan Pada Tahun 1948.01.21
Masehi Bersamaan 1367.3.10.

Perlantikan Menteri Besar tertakluk kepada Undang Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911 (11.11.1911) Dengan Pindaan (Ditambah Kepada Undang-undang Diri 1911 Pada 21.01.1948 Dikuatkuasa Pada Pada Tarikh Yang Sama ( Fasal 1 (2) ) Yang Dizin.

Fasal 5 Undang-undang Bagi Negeri Terengganu (Yang Ditambah Pada 1948)

Fasal 5 Memperuntuk Raja Memerintah Mengikut Undang-undang. Raja Berkuasa Melantik Menteri Besar Dan Jua Pada Undang-undang Diri Negeri Terengganu Tambahan 1948 Dibawah Fasal 10(I) Dan Fasal 14(1)(2) .

Peruntukan Dibawah Undang-undang Diri Negeri Terengganu 1911 Fasal 29 Memileh Dan Menjadikan Menteri Besar Dan Naibnya Adalah Semata-mata Hak Bagi Sultan
(Tidak Dipinda)

Didalam Tambahan Pada Tahun 1948 Diperuntukan Dibawah Fasal 10 Perlantikan Menteri Besar Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Melantik Dengan Surat Lantikan Yang
Ditanda Tangani Oleh Baginda Dengan Memakai Mohor Negeri Seorang Menteri Besar Mengikut Syarat2 Perenggan (1) Dibawah Syarat (2)

Fasal 14 (2)(1) Dan (4) Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Mula-mula Melantikan Dahulu Menteri Besar Untuk Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Seorang Ahli
Dun...

Fasal 14(4) Takala Melantik Seorang Menteri Besar Maka Bolehlah Duli Yang Maha Mulia Mengikut Timbangan Baginda Sendiri, Meninggalkan Mana-mana Syarat Dalam Fasal 10 Yang Menghadkan Pilihan Baginda Akan Menteri Besar Itu Jika Sekiranya Pada Fikiran Baginda Mustahak Meninggalkanya Kerana Hendak Menunaikan Kehendak2
Fasal 10 Ini.


baca Fasal 29: Memileh Dan Menjadikan Menteri Besar Dan Naibnya Adalah Semata-mata Hak Bagi Sultan...

dan Fasal 14(4): Takala Melantik Seorang Menteri Besar Maka Bolehlah Duli Yang Maha Mulia Mengikut Timbangan Baginda Sendiri...

melantik MB adalah hak sultan (raja berperlembagaan). bukan hak PM, atau hak 23 ADUN.

Anonymous said...

Tapi buat pe lantik kalo sume dah tak sokong....takkan nak buat keje sendiri kot....bole plak camtuhkan....

Che Mazlan Saad said...

RAKYAT,
T/kasih...lama tak baca perlembagaan. Tak sangka ada manusia feudal seperti saudara pada zaman moden ini. Sungguhpun begitu saudara ada point dan penyokong yang ramai. Hal raja ni sensitif sikit dan saya akan memberi pandangan pada waktu yang sesuai. Dalam politik kita jangan melawan arus.